Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Unit Pentadbiran & Kemudahan AM

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am (UPKA), Hospital Pakar USM ditubuhkan pada tahun 1983, sejajar dengan penubuhan hospital pada ketika itu. Pada peringkat awal, unit ini bertanggungjawab dalam pelbagai aspek pentadbiran termasuk kerja-kerja perolehan, kewangan, perkhidmatan dobi, perhubungan awam serta pengurusan sumber manusia.

Seiring dengan perkembangan organisasi dan keperluan hospital, fungsi UPKA telah disusun semula dan kini terbahagi kepada empat (4) bahagian utama iaitu Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Sumber Manusia, Pengurusan Aset dan Perkhidmatan Dobi serta Pembangunan Organisasi dan Governan yang diwujudkan pada tahun 2022 bagi memantapkan dan melancarkan perkhidmatan di UPKA

Unit ini diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pentadbiran) dan disokong oleh satu pasukan pengurusan yang terdiri daripada tiga (3) orang Penolong Pendaftar Kanan, seorang Penolong Pendaftar yang dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir Kanan serta Pembantu Khidmat Am yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi hospital dari aspek pentadbiran dan kemudahan am.

Dengan struktur organisasi yang kukuh dan pembahagian tugas yang sistematik, UPKA terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pentadbiran yang cekap, berkualiti dan selari dengan keperluan serta objektif Hospital Pakar USM.