Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Jabatan Keselamatan

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Bermula dengan kawalan keselamatan oleh Syarikat Safeguard Sdn. Bhd. iaitu semasa Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan pada tahun 1969. Pada 20 Mei 1974, kawalan keselamatan telah diambilalih oleh Pusat Keselamatan USM yang kini dikenali sebagai Jabatan Keselamatan, dengan keanggotaan awal terdiri daripada seorang Pegawai Keselamatan dan 33 orang Pengawal Keselamatan termasuk 4 orang penyelia.

Pada masa tersebut sehingga tahun 1978, Jabatan Keselamatan menjalankan kawalan di dua lokasi iaitu Kampus Induk serta Maktab Perguruan Persekutuan Bukit Gelugor (RECSAM) yang dipinjamkan oleh Kementerian Pelajaran.

Pada tahun 1982, Jabatan Keselamatan cawangan Kampus Kesihatan telah ditubuhkan di Kubang Kerian, Kelantan, dan pada tahun 1986 pula cawangan Kampus Kejuruteraan ditubuhkan di Ipoh sebelum berpindah ke Tronoh dan kini bertempat di Transkerian, Nibong Tebal.

Terkini, satu lagi cawangan diwujudkan di IPPT (Bertam) pada tahun 2006, termasuk penempatan beberapa Pengawal Keselamatan di Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) di Muka Head, Tapak Arkeologi Lenggong, Perak serta Tapak Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah. Pada 1 Julai 2017, Tapak Arkeologi Lembah Bujang diserahkan kepada Warisan Negeri Kedah.

Sejak awal penubuhannya hingga awal tahun 2004, pejabat Jabatan Keselamatan bertempat di bangunan D01 dan D02 (kini Anjung Budi). Pada 7 Mei 2004, pejabat Jabatan Keselamatan berpindah ke bangunan L21 bersebelahan Jabatan Pembangunan.