Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Timbalan Pengarah Keselamatan (Zon Hospital)
Salam sejahtera dan Selamat Datang ke laman web rasmi Jabatan Keselamatan, Kampus Kesihatan (Zon Hospital Pakar USM)
Jabatan Keselamatan Universiti Sains Malaysia (JKUSM) ditubuhkan bagi memastikan suasana kampus yang aman dan selamat. Antara peranan utama JKUSM adalah menjaga keselamatan warga pelajar dan staf, bangunan serta harta benda universiti, melaksanakan penguatkuasaan peraturan lalu lintas, menjalankan penyiasatan tempat kejadian jenayah, pencegahan kebakaran dan pelbagai fungsi keselamatan lain.
Bagi memastikan tahap keselamatan kampus sentiasa berada pada tahap terbaik, JKUSM komited untuk membentuk pasukan keselamatan yang berwibawa, berdaya saing, berteraskan nilai rohani dan fizikal, serta mampu melaksanakan misi dengan efektif dan bertaraf dunia.
Bagi pihak JKUSM, saya berharap maklumat yang disediakan ini dapat memberi manfaat kepada para pengunjung. Saya juga mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung mengenai laman ini atau perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan.
Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan anda semua terhadap laman web ini.