Perkhidmatan ini ditawarkan oleh Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, PPSP USM, khusus untuk merawat individu yang mengalami rabun jauh (myopia), rabun dekat (hyperopia) dan rabun silau (astigmatism). Kami menggunakan teknologi TransPRK (Transepithelial Photorefractive Keratectomy) — kaedah laser tanpa sentuhan dan tanpa hirisan (bladeless), menjadikan rawatan lebih cepat, tepat dan selamat.