Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Farmasi Non-Formulari (NF)

Maklumat rasmi mengenai perkhidmatan Farmasi Non-Formulari di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia.


Perkhidmatan Farmasi Non Formulari

Farmasi NF

Pengenalan

Unit Farmasi Non Formulari (NF) ditubuhkan pada 13 Januari 2019 dan telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM. NF merupakan salah satu cabang penjanaan di bawah kelolaan Unit Pembangunan Korporat serta kerjasama dengan Jabatan Farmasi. Model Perniagaan Farmasi NF adalah merujuk pelan rancangan perniagaan PPUKM.

Jawatankuasa Farmasi (NF)

Jawatankuasa Farmasi NF, Hospital USM telah ditubuhkan dan dianggotai oleh wakil Unit Pembangunan Korporat, Jabatan Farmasi Hospital USM dan Jabatan Bendahari, Kampus Kesihatan serta berfungsi seperti berikut:

  • Menyelaraskan ubat-ubatan di Farmasi Non-Formulari.
  • Mengemas kini maklumat ubat-ubatan di Farmasi Non Formulari jika ada penambahan senarai ubat baharu, semasa, kos dan sebagainya.
  • Memastikan Farmasi Non Formulari sentiasa berjalan lancar mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
  • Meneliti perkara-perkara berkaitan pengurusan dan penambahbaikan Farmasi Non Formulari.
  • Bekerjasama dalam memberikan pandangan atau cadangan bagi tujuan penambahbaikan Farmasi Non Formulari.
Kaunter Farmasi NF

Objektif

  • Memudahkan pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan bukan standard di Hospital USM.
  • Menjimatkan masa pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan non-formulari/bukan standard.
  • Memberi inisiatif kepada pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat non formulari/bukan standard dengan harga yang lebih kompetetif berbanding harga farmasi-farmasi luar dalam pasaran.
  • Menjana pendapatan kepada Hospital USM secara amnya dan kepada Universiti khususnya.
  • Memantapkan strategi rasionalisasi ubat-ubatan mengikut taraf pesakit (Berbayar Penuh/Subsidi/Separa Penuh).
Brosur Farmasi NF

Permohonan Ubat Farmasi Non Formulari

Permohonan ubat boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:

🩺 Pergi ke Laman Permohonan Ubat

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi :

Pn. Nabilla

Pn. Nabilla

(Unit Pembangunan Korporat)

📞 09-767 4230

✉️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

En. Mohd Rahmatul Fithri

En. Mohd Rahmatul Fithri

(Unit Pembangunan Korporat)

📞 09-767 4230

✉️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Farmasi Non Formulari (NF) — Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

© Universiti Sains Malaysia