Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Perkhidmatan Dobi Hospital USM ditubuhkan pada tahun 1983, bersama dengan penubuhan Hospital USM. Perkhidmatan ini juga mula beroperasi pada tahun yang sama dengan hanya memberi perkhidmatan dobi untuk 2 buah wad perubatan sahaja.
Operasi dobi bermula dengan beberapa mesin dobi seperti berikut dan ditempatkan bersebelahan dengan Unit Pemakanan:
Mula berpindah ke Bangunan Perkhidmatan Dobi pada 5 Disember 2013 yang dibina melalui perolehan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK 9).
Membekalkan linen bersih kepada wad, klinik, unit dan jabatan dalam kuantiti sepertimana yang diterima (linen tercemar). Ini melibatkan sebanyak 77 buah rekod dan peratusan pencapaian adalah 100%.
Semua wad, klinik, unit dan jabatan di Hospital Pakar USM yang terlibat dalam proses pengurusan linen.
Linen yang terlibat adalah baju pesakit, sarung pesakit, seluar pesakit, gaun-gaun pesakit, linen-linen OT, cadar, selimut, sarung bantal dan pelbagai lagi linen klinikal.
Penerimaan & Pembekalan linen adalah setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang.