PENGANJUR
Program Kelestarian ini merupakan anjuran Bahagian Kelestarian Kampus di bawah naungan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi (TNC JIM&KI). Program ini menekankan konsep Pejabat Hijau serta 17 Matlamat Pembangunan Lestari.
KONSEP PEJABAT HIJAU
Konsep Pejabat Hijau ialah pendekatan lestari dan mesra alam. Ia melibatkan amalan dan dasar yang mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dalam operasi harian pejabat. Penerapan konsep ini bukan sahaja membantu mengurangkan jejak karbon, malah menjimatkan kos tenaga dan pelupusan, serta meningkatkan semangat dan produktiviti staf.
MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI
Program ini juga menyokong pelaksanaan 17 Matlamat Pembangunan Lestari yang diperkenalkan pada tahun 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). SDGs berfungsi sebagai rangka tindakan global bagi mencapai masa depan yang lebih baik dan lestari untuk semua.
KOMPONEN PEJABAT HIJAU
Untuk merealisasikan konsep Pejabat Hijau, terdapat 5 komponen utama yang perlu diamalkan oleh semua warga pejabat.