Bengkel Kelestarian Kampus Kesihatan berjaya diadakan di Min House Camp dengan penyertaan daripada Pegawai-Pegawai Kelestarian yang dilantik di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).
Bengkel yang turut dihadiri Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail itu bertujuan mencetuskan idea-idea baharu yang boleh dilaksanakan bagi:
- Mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.
- Meminimumkan pembaziran sumber.
- Memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
Inisiatif ini selaras dengan matlamat USM untuk menjadi universiti perintis dalam kelestarian dan tanggungjawab sosial.
