Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Jabatan Keselamatan

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Header Kompilasi Artikel 2025
Kompilasi Artikel - 2025

Majlis Pemakaian Pangkat, Surat Pelantikan Ketua Seksyen dan Penolong Ketua Seksyen

Pada 27hb Januari 2025, jam 8 pagi bertempat di Bilik Seminar Aras 2 Blok Pentadbiran HPSUM. Telah diadakan majlis majlis pemakaian pangkat, surat pelantikan ketua seksyen dan penolong ketua seksyen. Berikutan perubahan Skim Perkhidmatan kepada SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) yang diumumkan oleh Kerajaan.

Program Image

Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan, Tuan Eady Bin Othman. Seramai 11 Anggota menerima pelantikan sebagai Penyelia dan 3 Anggota menerima pelantikan sebagai Penolong Penyelia.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Lawatan Kebajikan Anggota JKES Terkesan Banjir

Musibah banjir gelombang pertama Monsun Timur Laut yang melanda negeri pantai timur baru-baru ini disifatkan antara yang terburuk dalam sejarah di negeri Kelantan.

Bencana kali ini turut memberi kesan kepada anggota dari Jabatan keselamatan USM Kampus Kesihatan yang kebanyakan kediaman mereka telah dinaiki air serta banyak kerosakan pada harta benda dan terpaksa menanggung kerugian yang besar. Antara yang paling terkesan adalah anggota yang tinggal di kawasan Tumpat, Rantau Panjang dan Melor. Anggota yang teruk terkesan adalah Encik Abdul Halim Bin Yusoff, Encik Zulkely Ibrahim, Puan Norhayati Binti Mat Nor dan Encik Azmi Mohamad yang terpaksa berpindah dan berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Selain tiga (3) anggota yang terkesan teruk, terdapat beberapa lagi anggota lain yang turut terkesan dan terpaksa berpindah di PPS yang berdekatan.

Program Image

Pihak Jabatan Keselamatan USM Kampus Kesihatan diketuai oleh Pengarah Jabatan Keselamatan USM, Tuan Mohammad Kasni Bin Ismail, bersama Pegawai dan beberapa anggota turut serta dalam menggerakkan misi bantuan pasca banjir kepada anggota yang terlibat khususnya dalam memberi bantuan mencuci rumah sebagai sokongan moral atas kesulitan yang dialami oleh anggota.

Program Image Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Kursus Induksi Keselamatan untuk Pekerja Binaan. ( Kad Hijau CIDB )

CIDB Malaysia atau nama sebenarnya ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM). Merupakan satu badan kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya. Ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab menyelia dan membangun industri binaan di Malaysia. CIDB juga berfungsi untuk menguruskan aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya. Semua syarikat atau individu yang terlibat dengan projek binaan perlulah berdaftar terlebih dahulu dengan CIDB. Supaya tuntutan dapat dibuat sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa menjalankan kerja pembinaan di Malaysia.

Pada 5/6/2024 Pihak Jabatan Keselamatan telah mengadakan kursus Kad Hijau CIDB Siri 1. Kursus ini dijalankan selama 1 hari, bermula jam 8:30 pagi sehingga 4:30 petang. Bertempat di Bilik Tutorial A, PPSP USM Kampus Kesihatan. Ts. Rohazak Bin Yaacob daripada ROA Infinity Consultant sebagai pelatih/penceramah dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan Encik Mohd Saberi Bin Mohd Yusoff.

Tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai pendaftaran anggota Jabatan Keselamatan USM dan akreditasi, untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. sebagai langkah semasa anggota menjalankan rondaan dan pemantauan di tapak projek pembinaan yang di jalankan di dalam USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian Kelantan. Di dalam kursus ini, anggota di beri pendedahan tentang kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat. Memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Dan keperluan berkaitan undang-undang, berhubung dengan keselamatan dan kesihatan.

Program Image Program Image Program Image Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Bengkel Persediaan Kecemasan Radiologikal & Nuklear

Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Jabatan Perubatan Nuklear Radioterapi dan Onkologi dengan kerjasama Jabatan Perubatan Kecemasan, Unit Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan serta Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran, Agensi Nuklear Malaysia telah menganjurkan Latihan Kawad Kecemasan Radiologi dan Nuklear. Program yang julung kali diadakan di Kelantan ini bertujuan menguji sejauh mana kesiapsiagaan staf Hospital USM apabila berlaku kecemasan melibatkan bahan radioaktif serta mengenal pasti aset penting bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. 

Selain itu, latihan ini turut memberi pengalaman kepada staf yang akan mengendalikan pengurusan insiden kecemasan melibatkan bahan radioaktif bagi mematuhi 'standard operation procedure' (SOP) yang betul. Hampir 100 orang peserta terdiri daripada kakitangan Hospital USM dan agensi luar seperti Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKS), Bahagian Operasi dan Kebombaan Negeri Kelantan serta 'Malaysian Association of Medical Physics' (MAMP). 

Turut hadir semasa latihan berlangsung ialah Pegawai Pengurusan Operasi Balai (TPgB) II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Mohamad Sabri Ismail; Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Latihan BKRP KKM, Syarul Iman Saufi serta Pengerusi Program Latihan Kawad Kebakaran Radiologi dan Nuklear, Nik Kamarullah Ya Ali. 

Program Image Program Image Program Image Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Kursus Pengurusan Keselamatan Tangkapan Ular

Pada 15 Ogos 2023 pihak Jabatan Keselamatan telah mengadakan Kursus Pengurusan Keselamatan Tangkapan Ular dengan kerjasama pihak BOMBA Negeri Kelantan. Kursus ini diadakan di Dewan Murni Kampus Kesihatan bermula jam 8:30 pagi dan tamat pada jam 2 petang. 40 anggota telah menghadiri kursus ini, termasuk 2 Pegawai Bomba daripada Balai Bomba Kota Bharu sebagai penceramah. Kursus ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan USM, Tuan Eady Bin Othman.

Kursus ini memberi pendedahan dan maklumat kepada peserta berkenaan dengan Spesis, Habitat, Bahaya, Jenis Racun, Kesan, Tindakan Kecemasan dan cara menguruskan penangkapan Ular. Pihak Bomba telah membawa 2 jenis Ular iaitu Ular Sawa dan Ular Senduk untuk latihan amali. Dalam latihan berkumpulan pula, anggota telah diajar cara cara untuk menangkap Ular Sawa.

Program Image Program Image Program Image Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Kawalan Unit Trafik HUSM

Pada waktu kemuncak, anggota trafik Jabatan Keselamatan Zon Hospital akan membuat kawalan di lokasi yang tertentu bagi melancarkan aliran trafik.

Program Image Program Image Program Image Program Image