Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Perkhidmatan Dobi

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Header Kompilasi Artikel 2024

Kompilasi Artikel - 2025

Majlis Solat Hajat & Majlis Persaraan (Rahim bin Haron) serta Perpisahan Staf (Ruhani Abd Rahman)

Perkhidmatan Dobi sentiasa memulakan majlis setiap tahun dengan munajat kepada Allah s.w.t. melalui solat hajat yg. diimamkan oleh Ustaz Adli Rozak. Keberkatan dan kelapangan segala urusan antara intipati doa yang dititipkan ke hadrat Allah s.w.t. Kehadiran Tn. Hj. Mohd Saberi Mohd Yusoff, para Pegawai dan staf Unit Pentadbiran & Kemudahan Am Hospital USM seramai kira-kira 30 orang turut sama menjayakan majlis ini.

Penganjuran majlis juga bersekali dengan upacara penghargaan kepada Encik Rahim Haron yang akan bersara pilihan pada akhir Februari 2024 setelah 9 tahun menabur bakti bersama perkhidmatan Dobi.

Program Image

Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Syariah MS ISO 1900:2014 Hospital Usm

Perkhidmatan Dobi tidak terkecuali sebagai salah satu unit di Hospital USM yang terlibat dengan skop Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS ISO 1900:2014 Hospital USM. Sebagai pemantauan pematuhan, PD telah diaudit oleh pihak SIRIM yang diketuai oleh auditor Encik Khalid Sarman. Objektif audit ialah :-

  • Memastikan organisasi diuruskan selaras dengan prinsip Syariah dan amalan sistem pengurusan kualiti
  • Organisasi perlu mengenalpasti titik kawalan kritikal syariah dalam keseluruhan organisasi.
  • Menyemai, meningkatkan dan mengamalkan keperluan Syariah dalam sistem pengurusan kualiti sesebuah organisasi yang menitikberatkan nilai sejagat
  • Meningkatkan tadbir urus yang baik dan kecekapan organisasi yang tekal dengan prinsip Islam
  • Memberi keyakinan dan meningkatkan kepuasan terhadap organisasi di kalangan orang Islam dan pihak berkepentingan lain.
Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Majlis Pelancaran Buku Pengurusan Perkhidmatan Dobi Hospital Usm

Buku Pengurusan Perkhidmatan Dobi ini disediakan adalah bertujuan bagi rujukan dalaman di Perkhidmatan Dobi Hospital USM sahaja, bagi memberi panduan mudah dan praktikal kepada staf Hospital USM. Penerbitan Buku ini dapat memberikan pencerahan berkaitan Perkhidmatan Dobi Hospital USM dan seterusnya, semua bersama mendokong usaha meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan Hospital USM.

Majlis Pelancaran Buku Pengurusan Perkhidmatan Dobi telah diadakan serentak dengan Majlis Perutusan Tahunan Pengarah Hospital USM. PD turut menyediakan perkhidmatan ‘booth’ di ruang legar Bangunan Pentadbiran Hospital USM. Naskah ini merupakan julung kalinya diterbitkan oleh pihak Hospital USM sebagai satu langkah dalam memanjangkan medium penyampaian maklumat serta pendedahan kepada pihak yang berkaitan berkenaan tatacara dan prosedur dalam mengendalikan linen di hospital. Selain daripada itu juga, penerbitan buku ini juga sebagai inisiatif utama untuk menyahut cabaran dari Pengarah Hospital USM untuk menghasilkan satu buku rujukan sebagai panduan semua pihak yang terlibat.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Sesi Townhall Pengurusan Perkhidmatan Dobi (Pd) Hospital Usm

Pengurusan PD senantiasa peka dan prihatin dengan perkembangan perihal Kebajikan staf Dobi. Sesi ‘townhall’ ini dianjurkan bagi menyediakan platform komunikasi secara langsung antara Pengurusan PD dan staf. Peluang interaksi positif secara terus ini dapat digunakan untuk masing saling menyampaikan maklumat dan maklumbalas berkaitan perkembangan semasa.

Tuan Haji Saberi telah menyatakan Perkhidmatan Dobi merupakan salah satu tunjang perkhidmatan Hospital USM dan diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Majlis turut diisi dengan penyampaian Sijil Penghargaan Khas Pentadbiran kepada tiga orang staf PD yang telah menunjukkan komitmen dan integriti sewaktu bertugas, iaitu En. Baihaqi, En. Farhan & Pn. Noraina.

Majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari yang menggunakan konsep ‘pot luck’, yang menzahirkan keikhlasan staf Dobi untuk berkongsi hidangan bersama pengurusan dan rakan sekerja. Agihan kotak kurma sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan juga turut dilakukan yang telah disumbangkan oleh Pengurusan kepada staf Dobi.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Temasya Olahraga Tahunan (Tot) Usm Ke 47

Temasya Olahraga Tahunan (TOTUSM) merupakan acara tahunan yang terbesar di universiti. Temasya ini telah telah diadakan pertama kalinya pada tahun 1972 dan melibatkan sebanyak lebih 500 orang atlet daripada empat belas (14) kontinjen yang merangkumi warga USM.

Dua orang staf Perkhidmatan Dobi telah terpilih mewakili kontinjen Kampus Kesihatan iaitu Encik Mohd Faizul Hussin dan Encik Muhammad Hairi bin Mustaffa. Kedua Berjaya mengharumkan nama kontinjen dan juga Perkhidmatan Dobi kerana berjaya mengumpul pingat dalam acara yang dipertandingkan iaitu :-

Encik Mohd Faizul Hussin

  • Pingat Emas acara 4x400 meter kategori Lelaki Veteran
  • Pingat Perak acara 4x100 meter kategori Lelaki Veteran
  • Pingat Gangsa acara 400 meter kategori Lelaki Veteran

Encik Muhammad Hairi bin Mustaffa

  • Pingat Emas acara 4x400 meter kategori Lelaki Senior
  • Pingat Perak acara 800 meter kategori Lelaki Senior
Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Pemeriksaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kampus Kesihatan USM telah mengadakan pemeriksaan berkala berkaitan elemen KKP seperti keselamatan carakerja, dokumentasi praktis dan prosedur KKP, Peralatan Pencegahan Kebakaran/Kecemasan dan seumpamanya.

Secara keseluruhan, pasukan pemeriksaan berpuas hati dengan pematuhan KKP yang dipraktiskan di PD dengan hanya beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Majlis Persaraan Staf & Sambutan Sempena Hari Raya Aidiladha Perkhidmatan Dobi

Encik Mohd Subri Awang Noh mula melaporkan diri untuk bertugas di Unit Dobi pada tahun 1987, setelah hamper 37 tahun melepaskan jerit perih berkhidmat kepada Hospital USM, beliau akhirnya melabuhkan tirai perkhidmatan pada 30 Julai 2024.

PD telah mengadakan satu majlis ringkas namun penuh pengisian bermakna kepada En. Subri,yang lebih dikenali sebagai Abe Yie.

Puan Noorashikin Aziz telah hadir menyampaikan cenderahati kenangan mewakili Timbalan Pendaftar Kanan yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi lain. Encik Subri dalam ucapannya melahirkan rasa terharu kerana terpaksa melepaskan sesuatu yang telah beliau lakukan hampir separuh daripada usianya. Beliau juga memohon maaf kepada rakan-rakan sekiranya terdapat salah silap dan mendoakan agar PD terus mampu melaksanakan tanggungjawab diberikan tanpa kegagalan.

Majlis juga mengambil diadakan mengambil semangat sambutan Hari Raya Aidiladha di mana setiap staf menyumbang hidangan dan majlis turut dihadiri jemputan daripada UPKA, UKJEH, UPAS & UKKP.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Survei Dalaman Penarafan Organisasi Siri 02/2024

SURVEI DALAMAN PENARAFAN ORGANISASI SIRI 02/2024 telah dilakukan di PD oleh Encik Mohd Fikri & KJ Ahmad Syafwan.

Proses Audit meliputi semakan dokumen dan pemeriksaan fizikal.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Mesyuarat Staf Perkhidmatan Dobi Bersama Pengurusan Upka Hospital Usm

Satu Mesyuarat Bersama Tn, Haji Mohd Saberi Mohd Yusoff, Timbalan Pendaftar Kanan telah diadakan di Bilik Melipat, Bangunan Dobi. Perjumpaan ini membolehkan interaksi dua hala antara pihak pekerja dan pengurusan di samping mengeratkan lagi pertalian ikatan yang bersandarkan kepada penghasilan kerja yang berkualiti.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Sesi Pelupusan Linen Oleh Jawatankuasa Pelupusan Aset & Barang Kampus Kesihatan USM

Jawatankuasa Pelupusan Aset dan Barang (JPAB) yang dipengerusikan oleh Pengarah Kampus USM Kesihatan telah menjalankan sesi pelupusan linen bagi linen yang tidak lagi boleh diklasifikasikan sebagai linen utama serta digunapakai sebagai linen klinikal dan perlu dilupuskan. Sebanyak sebelas (11) jenis linen yang dilupuskan iaitu cadar pesakit, selimut, sarung bantal, gown prosedur, cadar pendek, baju pesakit, sarung pesakit dan seluar pesakit yang telah diperiksa dan diperakukan bagi tujuan pelupusan.

Kriteria utama linen yang tidak boleh digunapakai untuk tujuan klinikal di hospital ialah :-

  • Koyak melebihi 3 cm (1″) atau tidak boleh diperbaiki
  • Linen yang mempunyai lebih dari 3 tampalan (Linen Saiz Besar)
  • Linen mempunyai lebih 1 tampalan (Linen Size Kecil)
  • Linen mempunyai bau yang tidak dapat dihilangkan
  • Lusuh & pudar warna
  • Berkedut – kesan garisan selain dari garisan lipatan yang betul
  • Kotoran yang tidak dapat dihilangkan

Aktiviti ini dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun dan linen akan dilupuskan melalui kaedah Pelupusan melalui agihan kepada Jawatankuasa Kelestarian USM Kampus Kesihatan.

Program Image Program Image